FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERSEPSI DALAM TERHADAP KONSEP 1 MALAYSIA
Sesebuah situasi atau keadaan yang wujud adalah disebabkan oleh faktor-faktor tertentu. Persepsi seseorang terhadap suatu objek berbeza antara satu sama lain. Perbezaan  tersebut dipengaruhi oleh pelbagai  faktor. Terdapat dua faktor yang mempengaruhi persepsi manusia dalam komunikasi iaitu:
       I.            Faktor internal
Faktor internal merupakan faktor yang membabitkan masalah dalaman diri sendiri seseorang individu. Melalui faktor internal boleh dibahagikan kepada beberapa keadaan atau situasi iaitu fisiologi, perhatian, minat, keinginan untuk mengkaji, suasana hati, pengalaman dan ingatan.
Sebagai contohnya dari segi ;
a)      Fisiologi
Iaitu maklumat atau informasi diterima melalui pancaindera. Manakala, maklumat yang diperoleh ini akan mempengaruhi dan membawa maksud terhadap persekitarannya. Tahap pancaindera setiap manusia berbeza-beza. Masyarakat boleh mendapatkan pelbagai maklumat mengenai konsep 1 Malaysia melalui pancaindera yang ada seperti penglihatan, pendengaran, dan lain-lain. Sebagai contohnya melalui pendengaran, masyarakat boleh memperolehi maklumat menerusi taklimat dan ceramah-ceramah yang berkaitan dengan konsep ini.
b)      Perhatian
Perhatian dibuat oleh seseorang berdasarkan apa yang dilihat dan difokus terhadap sesuatu. Tenaga bagi setiap orang berbeza-beza termasuklah persepsi terhadap sesuatu perkara. Perhatian dapat ditarik melalui perkara tertentu yang mampu merangsang minda seseorang apabila mellihat sesuatu perkara. Melalui konsep 1 Malaysia ini, masyarakat boleh memerhatikan apakah kesan dan kelebihan konsep ini terhadap masyarakat dan golongan-golongan tertentu.
c)      Minat
Persepsi terhadap sesuatu objek yang pelbagai bergantung kepada kewaspadaan persepsi yang digunakan. Kewaspadaan persepsi merupakan kecenderungan seseorang untuk memerhatikan sesuatu perkara atau dikenali juga sebagai minat. Bagi konsep 1 Malaysia ini minat masyarakat terhadap sesuatu perkara berbeza-beza. Oleh itu, dengan wujudnya konsep ini, masyarakat dapat bersatu dan bekerjasama dalam melakukan sesuatu pekerjaan.
d)     Keperluan yang mengikut
Melalui faktor ini dapat dilihat, bagaimana kuatnya seseorang individu mencari objek-objek atau mesej yang boleh memberikan jawapan sesuai dengan dirinya.  Mereka dapat mengenal pasti diri mereka. Masyarakat perlulah mencari maklumat mengenai apakah yang dimaksudkan dengan konsep 1 Malaysia. Hal ini bertujuan agar masyarakat lebih jelas apakah kebaikan dan keburukan konsep ini terhadap mereka.
e)      Suasana hati
Keadaan emosi mempengaruhi perilaku seseorang terhadap sesuatu persepsi. Perasaan  ini menunjukkan bagaimana perasaan seseorang pada masa yang boleh mempengaruhi bagaimana seseorang dalam menerima, bertindak balas dan mengingat. Sebagai contohnya, mungkin terdapat sesetengah kaum yang kurang bersetuju dengan konsep ini. Oleh itu, pihak yang berkenaan haruslah memainkan peranan yang tersendiri dalam memujuk mereka.
f)       Pengalaman dan ingatan
Pengalaman dapat dikatakan tergantung pada ingatan dalam persepsi sejauh mana seseorang dapat mengingait kejadian-kejadian lampau. Hal ini untuk mengetahui suatu rangsang dalam pengertian luas. Mereka akan dapat menilai suatu perkara dan memberikan persepsi yang terbaik. Masyarakat dapat menilai sesuatu konsep atau perkara yang dilaksanakan oleh kerajaan terhadap masyarakat samada baik untuk mereka atau tidak.

    II.            Faktor external atau luaran  yang mempengaruhi persepsi, merupakan ciri-ciri dari linkungan dan objek-objek yang terlibat didalamnya. Elemen-elemen tersebut boleh mengubah sudut pandang seseorang terhadap dunia sekitarnya dan mempengaruhi bagaimana seseoarang merasakannya atau menerimanya. Sementara itu faktor-faktor luaran yang mempengaruhi persepsi adalah:
a.       Saiz dan penempatan dari objek atau rangsangan.
Faktor ini menyatakan bahawa semakin besrnya hubungan suatu objek, maka semakin mudah untuk difahami. Bentuk ini akan memberi kesan kepada persepsi individu dan dengan melihat bentuk saiz suatu objek individu akan mudah untuk perhatian seterusnya membentuk persepsi. Dalam konsep 1 Malaysia ini, ia melibatkan pelbagai kaum dan pihak yang akan bekerjasama antara satu sama lain. Oleh itu, saiz konsep ini amat besar dan memerlukan perhatian yang lebih.
b.      Warna dari objek-objek.
Objek-objek yang mempunyai cahaya lebih banyak, akan lebih mudah difahami (to be perceived) berbanding dengan yang sedikit. Sebagai contohnya, melalui konsep 1 Malaysia kita dapat mengetahui bahawa Malaysia  mempunyai pelbagai kaum iaitu Melayu, India, Cina dan lain-lain. Umum mengetahui bahawa, warna bendera Malaysia berwarna putih dan merah. Selain itu, objek atau benda lain yang melambang Malaysia juga seperti bunga raya dan lain-lain.
c.       Keunikan dan kekontrasan rangsangan.
Stimulus luar yang penampilannya dengan latarbelakang dan sekelilingnya yang sama sekali di luar sangkaan individu yang lain akan banyak menarik perhatian. Keunikan yang terdapat di Malaysia adalah mempunyai masyarakat yang pelbagai. Oleh itu, melalui konsep 1 Malaysia ini amat wajar bagi menyatukan masyarakat yang pelbagai kaum di negara ini. Masyarakat juga terdiri daripada pelbagai latarbelakang yang berbeza-beza.
d.      Keamatan dan kekuatan dari stimulus.
Rangsangan dari luar akan memberi makna lebih bila lebih sering diperhatikan berbanding dengan yang hanya sekali dilihat. Kekuatan dari stimulus merupakan kuasa dari suatu objek yang boleh mempengaruhi persepsi. Kekuatan daripada konsep 1 Malaysia ini akan menyebabkan masyarakat mempunyai kepercayaan dan memberikan persepsi yang baik terhadap pelaksanaannya.


Ulasan

Catatan Popular