KEPENTINGAN
KOMUNIKASI DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN.
PENGENALAN
Komunikasi
merupakan satu proses yang sering berlaku dalam kehidupan seharian kita.
Menurut Gerbner, 1967, komunikasi boleh ditafsirkan sebagai interaksi sosial
menerusi mesej. Selain itu, komunikasi juga memberikan seribu kegunaan kepada
si pengguna. Komunikasi berperanan penting dalam kehidupan harian kita. Setiap
manusia yang hidup akan menjalankan proses komunikasi samada secara langsung
mahupun tidak langsung.
Terdapat
pelbagai jenis fungsi komunikasi. Antaranya ialah sebagai penghubung
masyarakat,penentu agenda, pendidikan, dan juga bertindak sebagai pemujukan
atau pembujukan.
1. PENGHUBUNG
MASYARAKAT
Komunikasi telah banyak
membantu masyarakat dalam mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara mereka.
Masyarakat yang dimaksudkan ialah mereka yang hidup berjiran, rakan sekerja,
rakan sekelas dan sebagainya. Komunikasi dapat menghubungkan masyarakat
menerusi isu-isu yang dibincangkan terutamanya yang berkaitan dengan
kepentingan dan keperluan masyarakat berkenaan. Sebagai contohnya di Malaysia.
Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai rakyat berbilang kaum. Sudah
pasti terdapat pelbagai isu dan perkara yang ingin dibincangkan antara
masyarakat seperti hari perayaan , Hari Malaysia dan banyak lagi. Malahan,
melalui komunikasi juga masyarakat dapat mengetahui adat dan budaya sesebuah
masyarakat.
2. Penentu
Agenda
Setiap komunikasi yang
berlaku mempunyai agenda dan matlamat yang tersendiri yang ingin disampaikan
oleh seseorang. Sebagai contohnya, agen insurans. Matlamat atau agenda mereka
ialah ingin menarik perhatian pelanggan agar berminat terhadap perniagaan
mereka. Oleh itu, mereka akan menjelaskan agenda mereka agar difahami oleh si
penerima.
Contohnya, sesebuah
syarikat akan mengiklankan produk buatan syarikat mereka dengan
3. PENDIDIKAN
Komunikasi memainkan
peranan yang amat penting dalam bidang pendidikan . Melalui pendidikan,
masyarakat dapat mendapatkan informasi dengan lebih tepat dan jelas. Hal ini disebabkan, komunikasi bertindak
sebagai medium yang mendidik masyarakat tentang sesuatu bidang. Sebagai
contohnya GST(Goods & Services Tax). Terdapat ramai masyarakat yang tidak
mengetahui apa itu GST. Oleh itu, melalui komunikasi pendidikan yang diberikan
masyarakat akan lebih memahami dan jelas mengenai sesuatu perkara yang berlaku.
Sebenarnya, pendidikan secara komunikasi ini lebih mudah untuk difahami oleh
masyarakat kerana ia bersifat mesra pengguna. Namun demikian ,terdapat juga
pendidikan formal yang dijalankan menerusi media massa seperti rancangan
televisyen pendidikan, melalui internet dan sebagainya.
4. PEMBUJUKAN
ATAU PEMUJUKAN
Menurut Berb(1960),
komunikasi mempunyai tiga fungsi iaitu informasi, rekreasi dan juga persuasi.
Persuasi merupakan sebuah proses komunikasi dilakukan untuk mengajak,
mempengaruhi dan juga mengarah. Setiap mereka yang berkomunikasi hendaklah
memiliki bakat dalam mempersuasi seseorang. Sebagai contohnya, syarikat
pengiklanan hendaklah mempunyai mereka yang berdaya kreatif dalam menghasilkan
iklan yang kreatif dan berkesan. Hal ini bertujuan dapat menarik perhatian
audians dan secara tidak langsung dapat memastikan audians memahami mesej yang
hendak disampaikan oleh pengiklan.
Ulasan
Catat Ulasan