CANTIK
Cantik
memberikan banyak erti sama ada kecantikan kepada manusia, benda dan lain-lain.
Maksud kecantikan itu tidak sama bagi setiap orang. Cantik itu merupakan
subjektif. Mungkin tidak cantik bagi kita namun cantik bagi orang lain.
Sesebuah kecantikan pada manusia tidak hanya dinilai melalui kecantikan pada
wajah namun dilihat dan dinilai dari hati yang suci dan bersih. Sekiranya hati
tidak bersih wajah yang cantik juga tidak berguna. Islam tidak menetapkan satu
ciri khusus sebagai kriteria “wanita cantik”, juga tidak menyatakan bagaimana
seharusnya penampilan seorang wanita agar kecantikannya terserlah. Akan tetapi,
Islam adalah agama yang menyeru kepada kecantikan dan keindahan. Kecantikan
yang berbentuk maknawi iaitu berupa akhlak, sifat dan sikap, itu adalah
kecantikan sebenarnya dalam Islam. Manusia sememangnya gemar dan suka kepada
benda-benda dan perkara yang cantik. Tiada seorang manusia pun yang suka dan
tidak ingin cantik.
Mungkin
hari ini, apabila melihat di kaca televisyen, kita didedahkan dengan wanita
berpakaian seksi sebagai satu terjemahan ‘cantik’. Makna kecantikan menjadi
semakin kurang jelas dalam masyarakat dan ia ditambah pula dengan rangsangan
dan usaha-usaha untuk menjadi cantik seperti melakukan pembedahan plastik,
memakan produk-produk kecantikan dan berfesyen untuk menonjol.
Lihat
sahaja majoriti artis-artis di Korea. Ramai antara mereka yang melakukan
pembedahan plastik untuk mengubah kejadian semula jadi mereka. Daripada mata
yang sepet kepada mata yang galak membulat. Hidung yang kemek bertukar mancung,
semata-mata untuk kelihatan cantik dan popular. Bahkan hadiah paling kerap yang
diberikan kepada pelajar yang telah menghabiskan persekolahan di sana adalah
pembedahan plastik. Manusia rela menjadikan diri dan wajah sebagai mangsa atau
eksperimen untuk menjadikan mereka lebih cantik. Terdapat juga manusia yang menjadi
mangsa kecantikan sehingga menyebabkan wajah dan tubuh menjadi huduh dan buruk.
Mereka sanggup berhabisan wang beribu- ribu demi kecantikan wajah mereka.
Mata
lah yang akan mendefinisi cantik. Namun kini, pada pendapat saya, barat sudah
pun mempengaruhi definisi cantik pada
dunia dan hampir seluruh dunia memakai definisi cantik barat.
Kadang kala, cantik juga didefinisi mengikut tempat, kaum dan budaya.
Kalau di barat sekarang, the thinner the better, tapi berbeza pula di Mauritania, Africa, the bigger the better. Orang di barat berperang dengan aneroksia dan bulimia akibat mahu kurus, sebaliknya di Mauritania, wanita mengamalkan ‘makan paksa’ sejak berumur 5-6 tahun untuk gemuk, agar menjadi cantik dan mudah mendapat jodoh.
Kadang kala, cantik juga didefinisi mengikut tempat, kaum dan budaya.
Kalau di barat sekarang, the thinner the better, tapi berbeza pula di Mauritania, Africa, the bigger the better. Orang di barat berperang dengan aneroksia dan bulimia akibat mahu kurus, sebaliknya di Mauritania, wanita mengamalkan ‘makan paksa’ sejak berumur 5-6 tahun untuk gemuk, agar menjadi cantik dan mudah mendapat jodoh.
Kesimpulannya,
kecantikan itu merupakan satu yang indah bagi pandangan mata seseorang. Cantik
juga satu perkara yang sering dikejar oleh manusia masa kini. Hal ini kerana,
bagi mereka kecantikan itu segala-galanya.
Ulasan
Catat Ulasan