Kesan imperialisme budaya melalui media
Media sememangnya memainkan peranan
yang cukup besar dalam penyebaran budaya. Imperialisme budaya juga mampu
memberikan kesan yang buruk terhadap sesebuah budaya yang lain sekiranya
masyarakat tidak menggunakannya ke jalan yang betul maka akan berlaku
kesan-kesan yang negatif terhadap penggunanya.
Terdapat beberapa kesan imperialisme
budaya melalui media. Antaranya ialah golongan remaja terpengaruh dengan fesyen
barat. Media sering memaparkan fesyen-fesyen terkini yang kurang elok. Secara
langsung, peminat fesyen khususnya golongan remaja akan terikut-ikut dengan
trend ini. Pengaruh budaya yang menjadi ikutan remaja atau belia kini adalah
budaya pemakaian yang tidak mencerminkan masyarakat ketimuran. Ini banyak dilihat
pada busana atau corak pakaian yang menjolok mata bagi wanita. Corak pemakaian
remaja wanita kini kebanyakannya yang menjolok mata malahan tidak menghargai
keindahan tubuh wanita dan kecantikan tubuh wanita yang seharusnya ditutupi
tetapi dieksploitasi ke setiap sudut mata memandang. Media seperti media sosial
menggunakan artis atau model yang seringkali menjadi kegilaan remaja untuk
dijadikan sebagai model yang memperagakan fesyen dari luar. Sebagai contoh
corak pemakaian artis artis tempatan yang telah dahulunya mengikuti busana
daripada barat kini menjadi ikutan remaja kini. Kebanyakkan gaya fesyen kini
lebih menonjolkan bentuk badan pemakai dan faktor ketidaksopanan yang terserlah.
Budaya pemakaian yang tidak sopan ini juga bukan sahaja melanda remaja wanita
malahan turut serta pada belia lelaki kini.
Selain
itu, penciptaan televisyen nyata banyak mempengaruhi kehidupan seharian
manusia. Pengaruh media massa ke atas gejala sosial remaja sememangnya sangat
ketara. Majalah-majalah barat memaparkan gejala-gejala negatif seperti
keganasan, pronografi, dan budaya hidup yang tidak sihat seperti “black metal”,
“punk”, dan sebagainya. Kesemua ini telah menjadi bahan bacaan dan tontonan
yang amat digemari oleh remaja dengan adanya media. Kebudayaan Barat kini melimpah-ruah
di Malaysia melalui media baru dan lama. Tidak dinafikan tamadun negara ini
diancam oleh imperialisme budaya Amerika. Filem dan siri televisyen Amerika
mengetengahkan gaya ikutan (role model) yang menjadi ikutan rakyat negara ini
terutama remaja dan belia. Banyak kejadian seperti pembuangan bayi, zina,
perjudian, budaya homoseksual, penagihan dadah dan sebagainya dilakukan oleh
remaja muslim pada hari ini yang kebanyakan mereka berpaksikan dan
bertunjangkan nafsu dan amalan yang dipengaruhi oleh budaya-budaya Barat dan
asasnya mungkin berpunca daripada kurangnya pegangan agama pada diri mereka.
Tidak dapat dinafikan juga kesan keruntuhan akhlak akan memberikan kesan yang
mendalam pada diri individu.
Keruntuhan
akhlak akan memberikan kesan yang sangat besar dalam masyarakat. Jatuh
bangunnya sesebuah negara, agama dan bangsa dapat dilihat dari segi akhlak
dalam masyarakat itu sendiri. Tidak dinafikan akhlak remaja pada hari ini
sangat membimbangkan. Budaya kuning dan pengaruh budaya Barat mudah meresap
masuk dan menjadi ikutan para remaja hari ini. Kiranya hal ini tidak dibendung
oleh pihak–pihak yang tertentu, terutamanya oleh pihak kerajaan dan juga
pihak–pihak yang berwajib, maka tidak hairanlah pada masa akan datang
masyarakat kita akan hancur dan keruntuhan akhlak remaja–remaja Melayu
terutamanya akan rosak dan binasa. Media tanpa kawalan ibu bapa akan memudahkan
remaja melayari dan terpengaruh dengan paparan yang disiarkan.
Malahan,
melalui media juga telah menghakiskan nilai budaya ketimuran rakyat Malaysia.
Felim-felim yang disiarkan oleh Barat seringkali berjaya menarik penonton untuk
bertindak seperti watak. Sebagai contohnya, imperialisme budaya Barat dapat
dilihat jelas melalui filem yang disiarkan seperti Iron Man, Thor, Spiderman
dan sebagainya. Apabila kanak-kanak menontonnya maka secara tidak langsung akan
menyebabkan mereka terikut-ikut dengan watak tersebut. Lembaga Penapisan Filem
(LPF) harus menapiskan filem-filem Barat yang mempunyai unsur negatif untuk
mengekalkan budaya ketimuran Malaysia. Tidak dinafikan penonjolan budaya yang
ditampilkan dalam filem Barat banyak terselit adegan ganas, perang, dadah dan
arak, lucah, tidak bersopan sering menjadi ikutan remaja. Unsur-unsur sebegini
tidak harus menjadi sumber hiburan yang ditonjolkan dalam filem. Walau
bagaimanapun, filem-filem barat yang mendorong kepada nilai-nilai pengajaran
dan pendidikan harus digalakkan.
Globalisasi
telah menyebabkan media tersebar secara menyeluruh. Menurut John Tomlinson
(1991), globalisasi telah menganti imperialisme budaya disebabkan ia
menyalurkan proses dengan mengurangkan kesepakatan dan arah tujuan yang akan
melemahkan uniti budaya di dalam nation-states (negara bangsa) dan tidak hanya
kepada negara-negara membangun sahaja. Secara langsung memberikan kesan secara
terus dan menyeluruh dalam media. Sebagai contohnya imperialisme budaya
terhadap makanan. Terdapat banyak makanan dari luar negara yang telah wujud di
dalam Malaysia masa kini. Dapat dilihat makanana segera seperti McDonald, KFC
dan banyak lagi. Makanan segera seperti ini tidak begitu elok untuk kesihatan.
Ulasan
Catat Ulasan