Teori penentuan agenda adalah teori yang menerangkan tentang kaitan media dan masyarakat.  Terangkan dengan contoh apa yang dimaksudkan dengan teori ini.
Top of Form
Agenda setting theory is a theory that explains the connection between media and society. Explain with examples what is meant by this theory. (10markah/marks).


Media massa adalah alat yang digunakan dalam menyampaikan pesanan dari sumber kepada khlayak (penerima) dengan menggunakan alat-alat komunikasi mekanis seperti surat khabar, filem, radio dan televisyen. Teori penentuan agenda terdiri dalam teori Komunikasi. Teori Penentuan Agenda menggunakan media massa dalam menyampaikan informasinya kepada masyarakat bertujuan mempengaruhi persepsi masyarakat tentang sesuatu perkara yang dianggap penting. Teori ini juga mengatakan bahawa media merupakan pusat penentuan kebenaran dengan kemampuan untuk memindahkan dua elemen iaitu kesedaran dan informasi ke dalam agenda awam. Secara umumnya, teori penentuan agenda merupakan menggunakan pengaruh media massa dalam menyampaikan maklumat dalam mempengaruhi masyarakat.
Terdapat tiga pendapat atau pandangan mengenai teori ini iaitu masyarakat dan pembuat polisi mempunyai kemungkinan untuk mempengaruhi agenda media. Seterusnya, media dan pembuat agenda tidak mengambarkan kenyataan tetapi mereka menyaring dan membentuk kenyataan untuk umum dan awam. Malahan, tumpuan media terhadap isu yang terdiri daripada agenda mereka yang mempengaruhi agenda orang ramai dan hal ini mempengaruhi agenda pembuat polisi.
Teori agenda setting pertama kali dikemukakan oleh Walter Lippman (1965) pada konsep “The World Outside and The Picture in Our Head” yang sebelumnya telah menjadi bahan pertimbangan oleh Bernard Cohen (1963) dalam konsep “The mass media may not be successful in telling us what to think, but they are stunningly successful in telling us what to think about“. Penelitian teori ini dilakukan Maxwell E. McCombs dan Donald L. Shaw ketika mereka meneliti pemilihan presiden tahun 1972. Mereka mengatakan, walaupun para ilmuwan yang meneliti perilaku manusia belum menemukan kekuatan media seperti yang dinyatakan oleh pandangan masyarakat yang konvensional, belakangan ini mereka menemukan cukup bukti bahwa para penyunting dan penyiar memainkan peranan yang penting dalam membentuk realiti sosial kita. Itu terjadi ketika mereka melaksanakan tugas keseharian mereka dalam menonjolkan berita. Khalayak bukan saja belajar tentang isu-isu masyarakat dan hal-hal lain melalui media, mereka juga belajar sejauh mana pentingnya suatu isu atau topik dari penegasan yang diberikan oleh media massa.
Para pengkaji telah lama mengetahui bahawa media memiliki kemampuan untuk menyusun isu-isu bagi masyarakat. Salah satu penulis awal yang merumuskan gagasan ini adalah Walter Lippmann, yang merupakan seorang jurnalis Amerika Syarikat. Lippmann mengambil pandangan bahawa masyarakat tidak bertindak pada kejadian sebenarnya dalam lingkungan, tetapi pada gambaran dalam kepala kita (media), yang dia sebut dengan lingkungan palsu. Disebabkan lingkungan yang sebenarnya terlalu besar, terlalu kompleks, dan terlalu menuntut adanya perhubungan langsung (Stephen W Littlejohn dan Karen A Foss, 2009).
Teori agenda setting merupakan teori komunikasi massa, yang melihat efek media massa terhadap masyarakat yang menggunakan media tersebut. Dimulai dengan menyaring berita, informasi, tulisan atau artikel secara selektif oleh gatekeepers, Setiap peristiwa atau isu yang dimunculkan, akan diberi penentuan tertentu dalam penyajiannya kepada masyarakat.
Fungsi penyusunan agenda telah dijelaskan oleh Donal Shaw, Maxwell McCombs yang menulis bahawa, ada bukti besar yang telah dikumpulkan bahwa penyunting dan penyiar memainkan bahagian yang penting dalam membentuk realitai sosial kita ketika mereka menjalankan tugas seharian mereka dalam memilih dan menampilakan berita. Pengaruh media massa ini adalah kemampuan untuk mempengaruhi perubahan kognitif antara individu untuk menyusun pemikiran mereka, telah diberi nama fungsi penyusunan agenda dari komunikasi massa. Disini terletak pengaruh paling penting dari komunikasi massa, kemampuannya untuk menata mental dan mengatur dunia kita bagi kita sendiri.
Contoh penggunaan teori penentuan agenda iailah melalui asumsi yang menyaakan bahawa media massa menyaringkan berita, atau apa-apa penulisan sebelum disiarkan dalam media massa. Contohnya kes ialah mengenai Prita Mulyasari seorang ibu muda yang dipenjarakan kerana mengadu tentang perkhidmatan sebuah institusi hospital melalui e-mel. Lalu media massa menyiarkan kiriman beliau. Lalu, menjadi viral dan orang ramai mula menyokong dan memberi perhatian terhadap kes beliau. Sebuah demonstrasi diadakan untuk mengumpul wang bagi membantu Prita membayar saman Hospital Omni Antarabangsa. Hasil sumbangan orang ramai, Prita berjaya membayar saman dan mempunyai lebihan wang hasil derma orang ramai. Jelas disini, kita dapat melihat bagaimana kuasa media massa berperanan amat besar. Mereka menetapkan agenda yang tersendiri sebelum menyiarkan kes Prita iaitu ingin membantu Prita. Oleh itu, media berjaya mempengaruhi masyarakat dalam kes ini. Masyarakat berpotensi untuk menerima apa sahaja yang disampaikan oleh media secara langsung.
                Seterusnya, contoh yang menampakkan peranan teori penentuan agenda juga ialah dalam pilihanraya. Peranan teori dalam pilihanraya dilihat sangat dominan kerana masyarakat bergantung kepada media dalam membuat keputusan. Oleh itu, media mestilah memainkan peranan mereka dalam menyebarkan agenda yang telah ditetapkan oleh kerajaan untuk pilihanraya. Terdapat sarjana yang menganggap bahawa media massa meninggalkan kesan dan pengaruh yang kuat ke atas masyarakat. Media massa merupakan penentu agenda dalam pilihanraya. Media perlulah menyebarkan maklumat dan informasi yang sahih dan tepat mengenai sesebuah isu samada politik mahupun apa sahaja isu. Oleh itu, masyarakat dapat menilai baik buruk sesebuah parti politik. Mereka dapat membuat keputusan berdasarkan hasil daripada penulisan media massa. Media juga dianggap sebagai ruang liputan sama rata kepada semua parti khususnya dalam masyarakat demokrasi. Masyarakat bebas untuk memilih parti politi yang dikehendaki mereka. Namun secara tidak langsung, media akan mempengaruhi pemikiran masyarakat dalam membuat sesebuah keputusan.


Rujukan

Aelst, S. W. (2006). The contingency of the mass media's political agenda setting power: towards a preliminary theory. Journal of Communication , 88-106.
Kiong, C. C. (1991). Penentu agenda: sumber, media atau publik? Jurnal Komunikasi, 47-54.
Turner, R. W. (2014). Introducing communication theory. New York: McGraw-Hill Education, 2 Penn Plaza, New York.


Ulasan

Catatan Popular