Fungsi dan implikasi media kepada masyarakat
Pengenalan
Menurut
Rod Holmgren dan William Norton di dalam bukunya yang berjudul “The Mass Media
Book”, media didefinisikan sebagai “communication channels that serve people”
iaitu sebagai saluran komunikasi yang berkhidmat kepada masyarakat. Media
merupakan satu alatan yang mampu menghubungkan masyarakat dengan dunia luar
dari sekecil-kecil perkara sehingga isu yang besar. Antara media yang sering
digunakan masa kini ialah suratkhabar, majalah, radio, buku, televisysen,
internet dan banyak lagi. Medium ini memainkan peranan dan membawa pengaruh
yang cukup besar dalam dunia masa kini. Penyampaian mesej dan maklumat berlaku
melalui media yang terpilih.
Teori
peluru ajaib sering kali digunakan dalam media. Hal ini kerana, mengikut teori
peluru ajaib oleh Wilbur Schram, mengatakan bahawa pengaruh media adalah terus
kepada khalayak. Oleh itu, jelas menunjukkan bahawa media mempengaruhi
masyarakat dunia. Masyarakat dan dunia kini sering kali terpengaruh dengan apa
yang disebarkan oleh media. Mereka menerima terus apa yang disampaikan oleh
media tanpa menyiasat terlebih dahulu.
Media
terdiri daripada pelbagai medium selain dari medium yang disebutkan tadi. Media
massa merupakan satu cabang baru kepada media. Malahan terdapat lagi
media-media yang berperanan sama penting dengan media sebelum ini. Media massa
yang meliputi media cetak, media elektronik dan internet dikatakan mempunyai
pengaruh yang kuat dalam kehidupan masyarakat masa kini.
Fungsi
media kepada masyarakat
Media
mampu membawa perubahan dalam kehidupan masyarakat dunia kini. Malahan, boleh
dikatakan dunia akan kesepian tanpa media. Hampir keseluruhan masyarakat dunia
menggunakan media dalam perhubungan masa kini. Media yang bertindak pelbagai
fungsi telah menyebarkan pelbagai kemudahan kepada masyarakat.
Terdapat
beberapa fungsi media terutamanya kepada masyarakat. Salah satunya ialah
memberikan maklumat dan informasi. Melalui media seperti internet, Facebook,
Twitter, mampu menyebarkan maklumat kepada masyarakat dunia. Dunia di hujung
jari. Dengan hanya menekan pada papan kekunci semua maklumat dapat diperolehi
dengan cepat. Malahan, maklumat juga mudah untuk diperolehi tidak kira di mana
kita berada dengan adanya Internet. Sebagai contohnya, berlaku kejadian gempa
bumi di negara luar, maka dengan kemudahan media yang ada masyarakat negara
lain akan mendapatkan maklumat melalui media. Apabila seseorang atau sesebuah
pihak memuatnaik isu atau gambar maka ia dapat diakses oleh pihak lain. Maka
maklumat dan info dapat disebarkan secara meluas walaupun berada di tempat yang
jauh. Hal ini memudahkan masyarakat untuk terus berhubung antara satu sama
lain.
Selain itu, media juga mampu menjana
pendapatan kepada yang bijak menggunakannya. Terdapat ramai yang menggunakan
media seperti Youtube, blog dan lain-lain sebagai sumber pendapatan mereka.
Mereka menggunakan untuk menyalurkan pelbagai jenis bahan seperti video, gambar
untuk tatapan umum. Sebagai contohnya, seseorang itu memuatnaik video
nyanyiannya ke dalam Youtube dan mendapat tontonan yang ramai daripada orang
ramai. Maka, secara tidak langsung bakat seseorang dapat diserlahkan kepada
tontonan umum dengan mudah dan cepat. Berkemungkinan juga syarikat rakaman akan
mengambilnya sebagai artis rakaman. Di Malaysia ini kita dapat lihat betapa
ramainya artis yang muncul melalui Youtube seperti Najwa Latif, Yuna dan ramai
lagi.
Media juga turut berfungsi sebagai
medium penghubung masyarakat. Masyarakat mampu berhubung antara satu sama lain
tidak kira di mana mereka berada. Mereka hanya memerlukan rangkaian Internet
untuk terus berhubung antara mereka. Malahan, terdapat mereka yang menggunakan
medium sosial seperti Facebook, WhatsApp sebagai salah satu tempat untu
meluahkan perasaan kepada yang lain. Mereka mengadu dan meluahkan ketidakpuasan
hati di tempat berkenaan. Bukan itu sahaja, mereka boleh mencari dan berkenalan
dengan rakan yang baru menerusi Facebook. Kekal berhubungan dengan kenalan lama
dan mengetahui maklumat mengenai mereka.
Kesan
negatif laman rangkaian sosial
Memang tidak dapat dinafikan bahawa
media samada yang baru mahupun yang lama memberikan banyak kebaikan kepada
pengamal. Namun, kesan sampingan daripada penggunaan laman sosial seperti
Facebook, Twitter, Instagram dan lain-lain turut wujud. Kesan ini terbahagi kepada beberapa golongan
iaitu individu dan masyarakat.
Terdapat beberapa kesan yang timbul
ekoran penggunaan laman sosial secara tidak betul kepada masyarakat iaitu
menyebabkan terlalu leka sehingga mengabaikan tanggungjawab. Kita sering
membaca dan melihat senario masa kini yang keluarga berpecah belah dan bergaduh
satu sama lain. Jika dirujuk kembali salah satu faktor penceraian dalam
keluarga ialah terlalu ketagih dengan media sosial. Hal ini jelas menunjukkan,
golongan individu samada yang berkahwin mahupun belum sanggup mengabaikan
tanggungjawab mereka sebagai seorang suami, isteri dan anak-anak kerana
ketaksuban dengan laman sosial. Apabila berada dirumah, keluarga sepatutnya
meluangkan masa yang berkualiti bersama-sama. Mereka juga haruslah saling
bertanya khabar dan menceritakan aktiviti harian mereka sekeluarga. Namun, apa
yang berlaku adalah sebaliknya. Malahan, ketika di meja makan masyarakat kini
masih memegang telefon di tangan.
Selain itu, menyebabkan masyarakat kekurangan
kemahiran komunikasi sosial. Hal ini dapat dilihat dengan jelas dalam kejiranan
masyarakat masa kini. Masyarakat tidak gemar bergaul dan bertegur sapa dengan
jiran mereka. Secara langsung, semangat kejiranan tiada dalam diri masyarakat.
Kesibukan daripada aktiviti luar seperti kerja menyebabkan ada yang tidak
mengenali jiran mereka. Malahan, mungkin terdapat masyarakat yang mengenali
jirannya melalui laman sosial sahaja dan berhubung menerusi laman sosial yang
wujud seperti Facebook dan banyak lagi. Hal ini menyebabkan, kemahiran
komunikasi sosial dalam kalangan masyarakat semakin luntur. Mereka
berkemungkinan tidak reti dan mengetahui cara untuk menegur jiran disebabkan
tidak biasa bertegur sapa.
Kesan penggunaan laman sosial
terhadap masyarakat juga ialah terdedah dengan unsur-unsur negatif seperti
keganasan. Keganasan dalam media juga meningkatkan rangsangan dan menyebabkan
seseorang itu hilang kawalan semasa berada dalam dunia yang nyata (Anderson dan
Dill, 2000). Laman sosial yang tidak ditapis berisiko memaparkan perkara yang
tidak elok. Sebagai contohnya, dengan menggunakan Youtube masyarakat bebas
mengakses apa saja yang diingini. Oleh itu, sekiranya tiada sekatan dalam
penggunaan media sosial ini, sudah pasti masyarakat akan terjebak dengan
perkara yang berunsur negatif. Ibu bapa mestilah memantau anak-anak dalam
menggunakan laman sosial masa kini. Tanpa sekatan dan pemantauan daripada orang
dewasa akan mendorong remaja untuk terjerumus dengan laman yang tidak sesuai
diakses oleh mereka.
Kesimpulan
Secara
kesimpulannya, media ini mempunyai pro dan kontra yang tersendiri. Malahan,
sekiranya digunakan dengan bijak dan betul maka terdapat pelbagai kebaikan yang
bakal diperolehi oleh mereka. Media juga merupakan satu medium yang tersangat
penting pada abad ini. Tanpa meida sudah pasti dunia akan ketinggalan zaman.
Hal ini kerana, melalui media sesebuah negara dapat berkembang denga lebih
pesat dan maju daam teknologi yang kian canggih ini. Bukan itu sahaja, media
menjadikan masyarakat lebih berpengtahuan da;am bidang IT. Masyarakat yang
celik IT mampu memberikan satu keuntungan yang sangat besar kepada negara
berkenaan. Hal ini kerana, dunia kini menganggap media sesuatu yang amat besar
dan mneguntungkan sekiranya bijak mengaplikasinya.
References
Dill, K. E. (2013). The oxford handbook of media
psychology. United States: Oxford University.
Ketchum, D. (2015, 11 15). Demand Media.
Retrieved from
http://classroom.synonym.com/meaning-cultural-imperialism-7841.html
Mukrimin. (2007). The influence of mass media in
political change in Indonesia. 1-32.
Rahim, S. A. (1994). Media dan konstruk sosial:
implikasi terhadap isu sosial remaja . Media dan remaja, 1-16.
Vouderau, P. (2010). The youtube reader.
Sweden: Wallflower press.
William, R. H. (1972). The mass media book.
New Jersey: Englewood cliffs, Prentice Hall, Inc.
Ulasan
Catat Ulasan