Populariti media baru mempunyai pengaruh yang signifikan ke atas kehidupan orang ramai. Jelaskan EMPAT (4) kesan negatif laman rangkaian sosial (seperti Facebook) terhadap kedua-dua individu dan masyarakat.
Pengenalan
Media merupakan satu rangkaian yang semakin berkembang canggih masa kini. Peranan media amat besar dan mampu memberikan pengaruh yang besar kepada dunia. Menurut Rod Holmgren dan William Norton di dalam bukunya yang berjudul “The Mass Media Book”, media didefinisikan sebagai “communication channels that serve people” iaitu sebagai saluran komunikasi yang berkhidmat kepada masyarakat. Media merupakan satu alatan yang mampu menghubungkan masyarakat dengan dunia luar dari sekecil-kecil perkara sehingga isu yang besar.
Antara media yang sering digunakan masa kini ialah suratkhabar, majalah, radio, buku, televisysen, internet dan banyak lagi. Medium ini memainkan peranan dan membawa pengaruh yang cukup besar dalam dunia masa kini. Penyampaian mesej dan maklumat berlaku melalui media yang terpilih. Teori peluru ajaib sering kali digunakan dalam media. Hal ini kerana, mengikut teori peluru ajaib oleh Wilbur Schram, mengatakan bahawa pengaruh media adalah terus kepada khalayak. Oleh itu, jelas menunjukkan bahawa media mempengaruhi masyarakat dunia. Masyarakat dan dunia kini sering kali terpengaruh dengan apa yang disebarkan oleh media. Mereka menerima terus apa yang disampaikan oleh media tanpa menyiasat terlebih dahulu.
Media terdiri daripada pelbagai medium selain dari medium yang disebutkan tadi. Media massa merupakan satu cabang baru kepada media. Malahan terdapat lagi media-media yang berperanan sama penting dengan media sebelum ini. Media massa yang meliputi media cetak, media elektronik dan internet dikatakan mempunyai pengaruh yang kuat dalam kehidupan masyarakat masa kini.
Kesan negatif laman rangkaian sosial
Memang tidak dapat dinafikan bahawa media samada yang baru mahupun yang lama memberikan banyak kebaikan kepada pengamal. Namun, kesan sampingan daripada penggunaan laman sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram dan lain-lain turut wujud. Kesan ini terbahagi kepada beberapa golongan iaitu individu dan masyarakat.
Terdapat beberapa kesan yang timbul ekoran penggunaan laman sosial secara tidak betul kepada masyarakat iaitu menyebabkan terlalu leka sehingga mengabaikan tanggungjawab. Kita sering membaca dan melihat senario masa kini yang keluarga berpecah belah dan bergaduh satu sama lain. Jika dirujuk kembali salah satu faktor penceraian dalam keluarga ialah terlalu ketagih dengan media sosial. Hal ini jelas menunjukkan, golongan individu samada yang berkahwin mahupun belum sanggup mengabaikan tanggungjawab mereka sebagai seorang suami, isteri dan anak-anak kerana ketaksuban dengan laman sosial. Apabila berada dirumah, keluarga sepatutnya meluangkan masa yang berkualiti bersama-sama. Mereka juga haruslah saling bertanya khabar dan menceritakan aktiviti harian mereka sekeluarga. Namun, apa yang berlaku adalah sebaliknya. Malahan, ketika di meja makan masyarakat kini masih memegang telefon di tangan.
Selain itu, menyebabkan masyarakat kekurangan kemahiran komunikasi sosial. Hal ini dapat dilihat dengan jelas dalam kejiranan masyarakat masa kini. Masyarakat tidak gemar bergaul dan bertegur sapa dengan jiran mereka. Secara langsung, semangat kejiranan tiada dalam diri masyarakat. Kesibukan daripada aktiviti luar seperti kerja menyebabkan ada yang tidak mengenali jiran mereka. Malahan, mungkin terdapat masyarakat yang mengenali jirannya melalui laman sosial sahaja dan berhubung menerusi laman sosial yang wujud seperti Facebook dan banyak lagi. Hal ini menyebabkan, kemahiran komunikasi sosial dalam kalangan masyarakat semakin luntur. Mereka berkemungkinan tidak reti dan mengetahui cara untuk menegur jiran disebabkan tidak biasa bertegur sapa.
Kesan penggunaan laman sosial terhadap masyarakat juga ialah terdedah dengan unsur-unsur negatif seperti keganasan. Keganasan dalam media juga meningkatkan rangsangan dan menyebabkan seseorang itu hilang kawalan semasa berada dalam dunia yang nyata (Anderson dan Dill, 2000). Laman sosial yang tidak ditapis berisiko memaparkan perkara yang tidak elok. Sebagai contohnya, dengan menggunakan Youtube masyarakat bebas mengakses apa saja yang diingini. Oleh itu, sekiranya tiada sekatan dalam penggunaan media sosial ini, sudah pasti masyarakat akan terjebak dengan perkara yang berunsur negatif. Ibu bapa mestilah memantau anak-anak dalam menggunakan laman sosial masa kini. Tanpa sekatan dan pemantauan daripada orang dewasa akan mendorong remaja untuk terjerumus dengan laman yang tidak sesuai diakses oleh mereka.
Seterusnya ialah kesan negatif laman sosial terhadap individu. Kesan terhadap individu dapat dilihat dengan jelas menjadikan seseorang itu pemalas. Kemudahan yang diwujudkan untuk memberikan kemudahan telah menjadikan seseorang itu pemalas samada dari aspek pengurusan rumahtangga, pembelajaran dan sebagainya. Sebagai contohnya, seorang pelajar tidak berusaha untuk ke perpustakaan dan mencari sumber yang lain untuk tugasan mereka. Mereka hanya duduk di dalam bilik dan mencari bahan menggunakan laman sosial yang ada seperti Internet. Secara tidak langsung menyebabkan pelajar menjadi tidak produktif dan pemalas. Malahan menyumbang kepada lahirnya golongan belia yang tidak bertanggungjawab terhadap negara. Bukan itu sahaja, terdapat keluarga yang tidak bertegur sapa dalam rumah tetapi menggunakan laman sosial untuk berhubung dengan dan berbicara dengan yang lain. Perkara sebegini akan merenggangkan hubungan kekeluargaan.
Tambahan lagi, kesan negatif terhadap individu juga ialah menyebabkan masalah kesihatan. Sebenarnya, penggunaan media yang terlalu lama tidak elok kepada kesihatan seseorang. Mereka yang obses dengan laman sosial berpotensi mendapat penyakit seperti rabun. Hal ini kerana, mereka menggunakan media seperti telefon dengan hanya memfokus mata terlalu lama di skrin telefon. Pencahayaan yang secara langsung ke mata akan menyebabkan masalah kerabunan kepada pengguna media yang telalu obses. Bukan itu sahaja, masalah seperti kesukaran tidur pada waktu malam juga berlaku. Individu yang terlalu leka dengan laman sosial akan melayari laman sosial sehingga lewat malam. Oleh itu, kesukaran untuk tidur akan berlaku disebabkan minda mereka masih terjaga ketika waktu mengantuk.
Kesimpulannnya, media memainkan peranan yang cukup besar dalam masyarakat dan dunia masa kini. Tidak dapat dinafikan bahawa media membawa satu gelombang yang cukup besar terhadap pengamalnya. Dengan adanya laman sosial, masyarakat dapat berhubung secara langsung dengan yang lain. Malahan, dapat mengenali masyarakat sekitar. Sebagai contohnya, melalui penggunaan Facebook masyarakat dapat berkenalan satu sama lain. Oleh itu, jelas disini bahawa media seperti laman sosial amat penting dalam kehidupan masyarakat kini. Namun, setiap perkara ada keburukan yang tersendiri. Masyarakat perlulah bijak dalam menggunakan media sosial yang ada dengan menggunakan kea rah kebaikan masyarakat sejagat.
References
Dill, K. E. (2013). The oxford handbook of media psychology. United States: Oxford University.
Mukrimin. (2007). The influence of mass media in political change in Indonesia. 1-32.
Sannusi, S. N. (2014). Peranan perhubungan awam dan komunikasi krisis: kajian terhadap Kementerian Kesihatan Malaysia dalam penangan wabak SARS. Journal of social sciences and humanities, 9, 125-134.
William, R. H. (1972). The mass media book. New Jersey: Englewood cliffs, Prentice Hall, Inc.

Ulasan
Catat Ulasan