ERTI KEMAJUAN
Kemajuan membawa erti yang sangat simbolik kepada mereka yang mengimpikannya. Kemajuan bukan sahaja bermakna kemajuan terhadap teknologi malahan merangkumi banyak aspek. Kemajuan merupakan satu perubahan ke arah yang lebih baik. Kemajuan akan membawa kepada banyak kebaikan dan juga keburukan. Kemajuan terdiri dari pelbagai aspek iaitu kemajuan negara, kemajuan teknologi, kemajuan pemikiran dan sebagainya.
Bagi aspek kemajuan dari segi kemajuan Negara amat memerlukan pengorbanan yang besar. Untuk mencapai harga sesebuah kemajuan, negara dan masyarakat perlulah mempunyai minda dan daya pemikiran yang dinamik dan berintelektual. Malahan, mereka juga perlulah mempunyai daya pemikiran yang kreatif. Negara yang maju amat diimpikan oleh setiap negara. Kemajuan Negara ini bererti Negara kita memiliki sistem pentadbiran yang lancar, kemajuan dalam penggunaan teknologi.
Manakala, erti kemajuan bagi kemajuan aspek pemikiran pula melibatkan masyarakat dan juga pemimpin. Barat telah menerapkan ke dalam jiwa-jiwa rakyat dalam negara yang dijajah, bahawa cara hidup yang diamalkan selama ini adalah tidak bertamadun, dan apa yang dibawa oleh penjajah itulah sebenarnya yang bertamadun. Kesannya, kemajuan dalam erti kata Barat telah dibawa masuk ke dalam negara-negara yang dijajah bukanlah bertujuan untuk memajukan anak bangsa penduduk asal negeri, sebaliknya “kemajuan” yang dibawa itu adalah senjata yang mampu merosakkan anak bangsa sesebuah masyarakat.
Manakala, erti kemajuan dari segi kemajuan teknologi bererti Negara kita mempunyai alatan yang canggih dan berteknologi terkini. Sebagai contoh hospital mempunyai tenaga doktor pakar dan juga mempunyai peralatan yang terkini dalam bidang perubatan. Secara tidak langsung, dapat meningkatkan taraf kesihatan di Negara kita.
Kesimpulannya, kemajuan membawa begitu banyak erti dan makna kepada mereka yang menghayatinya dengan mendalam. Jika kemajuan tidak digunakan dan dihayati maka sia-sia kewujudan kemajuan tersebut.
Ulasan
Catat Ulasan