PUNCA DAN KESAN PENCERAIAN DALAM
KELUARGA TERHADAP ANAK-ANAK
Pengenalan
Penceraian
merupakan satu ungkapan yang tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat kini.
Masyarakat kini sering menjadikan penceraian sebagai isu utama dalam
perbincangan keluarga. Setiap masalah yang berkaitan dengan keluarga berpunca
daripada ahli keluarga sendiri. Masalah keruntuhan rumahtangga tidak akan
berlaku sekiranya setiap ahli keluarga memainkan peranan mereka yang
tersendiri. Di dalam Islam, penceraian merupakan sesuatu perkara yang tidak
disukai oleh Islam tetapi dibolehkan sekiranya mempunyai alasan dan sebab-sebab
yang tertentu. Penceraian boleh dilakukan dalam pelbagai bentuk iaitu cara
talak, fasakh, dan khuluk atau tebus talak.
Penceraian
turut dikenali sebagai talak. Menurut bahasa talak bermaksud melepaskan ikatan dan menenurut
syarak pula, talak merupakan melepaskan ikatan perkahwinan dengan lafaz talak
dan seumpamanya. Talak merupakan jalan penyelesaian yang terakhir untuk suami
isteri yang sudah tiada persefahaman untuk hidup bersama dan tiada persepakatan
dalam menerajui sesebuah alam perkahwinan.
Punca-punca
Penceraian
Terdapat
pelbagai punca dan sebab berlakunya penceraian. Kebiasaanya penceraian yang
berlaku berpunca daripada diri, keluarga
dan masyarakat. Ini merupakan punca-punca terdekat yang menyebabkan masalah
penceraian. Masalah ini tidak
pernah berkurang. Kajian statistik
terbaru menunjukkan penceraian dari
Januari sehingga Jun 2013 mencatatkan 22162 kes manakala jumlah pasangan
bercerai tahun 2012 pula adalah sebanyak 47779 kes.
Antara
punca penceraian yang paling utama ialah tiada persefahaman. Maksud tiada
persefahaman di sin ialah isteri tidak memahami tugas suami begitu juga
sebaliknya. Hal ini sering terjadi dalam kalangan pasangan yang sama-sama
bekerja. Mereka ini penat setelah seharian bekerja dan masing-masing buat hal
sendiri walaupun sudah mempunyai anak. Bukan itu sahaja, dalam dunia pekerjaan
kini sememangnya memerlukan bantuan dan pertolongan daripada golongan wanita.
Oleh itu, sebagai pasangan suami isteri, mereka seharusnya lebih saling
memahami satu sama lain.
Bukan
itu sahaja, penceraian juga terjadi disebabkan masalah kewangan. Perkara ini
selalunya berlaku dalam kalangan pasangan yang berkahwin muda atau tidak
memiliki pekerjaan yang stabil. Bagi pasangan yang berkahwin di awal usia
mereka masih tidak mempunyai pekerjaan dan ekonomi kewangan yang tidak stabil.
Terdapat pasangan yang masih tidak mempunyai pekerjaan. Apabila tidak mempunyai
kewangan yang tetap dan stabil, bagaimana mereka ingin menyara keluarga?
Bagaimana mereka ingin menyempurnakan keinginan dan permintaan pasangan mereka?
Akhirnya, pasangan ini akan bertengkar. Sekiranya perkara ini terus berlanjutan
tanpa mengambil jalan penyelesaian maka rumahtangga mereka tidak dapat diselamatkan
lagi. Hal ini kerana, perasaan cina semata-mata tidak dapat menjamin kebahagian
sesebuah rumahtangga itu. Dunia yang serba moden kini, kadang-kadang memerlukan
kewangan yang stabil untuk terus bertahan dalam sesebuah perkahwinan. Jika
tidak akan berlakulah penceraian pasangan suami isteri. Sebenarnya, masalah
kewangan ini merupakan antara isu penyumbang kepada penceraian berlaku.
Kematangan
pasangan juga memainkan peranan yang penting dalam keluarga. Pemikiran yang
matang diperlukan dalam mengawal sesebuah perkahwinan. Salah seorang daripada
pasangan haruslah memiliki kematangan dalam menguruskan rumahtangga mereka.
Sekiranya kedua-dua belah pihak tidak matang, maka rumahtangga mereka akan
menghadapi masalah. Sebagai contohnya, pasangan yang berkahwin muda dikatakan
tidak matang dalam menguruskan rumahtangga. Terdapat sesetengah pasangan kahwin
muda memang masih tidak mampu menguruskan hal rumahtangga kerana masih tidak
mempunyai ilmu yang cukup. Mereka hanya berkahwin bukan disebabkan oleh ingin
memikul tanggungjawab tetapi inginkan keseronokkan semata-mata. Oleh itu,
apabila berkahwin mereka akan menghadapi masalah dalam menguruskan rumahtangga
mereka. Sepatutnya pasangan yang ingin berkahwin ini mestilah betul-betul
bersedia dari segi akal fikiran dan mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam
alam perkahwinan barulah masalah penceraian tidak berlaku.
Seterusnya
ialah masalah campur tangan keluarga dalam rumah tangga. Hal ini melibatkan
keluarga sebelah lelaki mahupun sebelah perempuan. Pihak keluarga tidak
seharusnya mengamalkan sikap campur tangan dalam masalah rumahtangga anak-anak
mereka. Terdapat ibu bapa yang suka mengongkong anak mereka walaupun anak
mereka sudah berkahwin. Secara tidak langsung, hubungan antara menantu dan
keluarga akan menjadi renggang dan bermasalah. Oleh sebab itu, sekiranya
mempunyai masalah dalam perkahwinan, pasangan tidak digalakkan untuk
menceritakan permasalahan kepada keluarga mereka. Tetapi merujuk kepada yang
pakar seperti perunding keluarga, kaunselor, dan lain-lain. Hal ini kerana,
masalah mereka tidak akan disebarkan kepada sesiapa kerana sulit.
KESAN
PENCERAIAN
Kesan
penceraian yang paling nyata dapat dilihat ialah anak-anak akan menderita dari
segi emosi. Apabila ibu bapa bercerai maka anak-anak akan berasa terancam dan
terabai. Emosi mereka akan terganggu dengan urusan penceraian ibu bapa mereka
sehingga hilang fokus terhadap aktiviti harian mereka. Terdapat sesetengah anak
yang menjadi sangat sedih ,menunjukkan depresi dan juga tidak dapat tidur. Mereka juga berasa dan mengalami perasaan
ditinggalkan oleh salah seorang orang tua. Beberapa situasi yang boleh menyebabkan
anak merasa kesepian. Bukan itu sahaja, anak-anak juga mungkin akan menyimpan
dendam terhadap ibu bapa disebabkan perasaan yang marah terhadap penceraian
orang tua mereka.
Selain
itu, penceraian ibu bapa juga menyebabkan masalah psikologi dalam diri
anak-anak. Anak-anak akan berasa bahawa ibu bapa tidak menyayangi mereka lagi.
Terdapat juga anak-anak yang menyalahkan diri mereka terhadap apa yang berlaku
antara orang tua mereka. Malahan, mereka juga akan menunjukkan perubahan yang
ketara iaitu mengalami kesan trauma seperti ketakutan, gugup dan mempunyai
masalah di sekolah. Mereka juga mungkin akan menyendiri dan tidak bergaul dengan
kawan-kawan disebabkan malu dengan apa yang berlaku. Anak-anak juga dikhuatiri akan bertindak
negatif seperti penyalahgunaan ubat, masalah sosial bahkan bertindak membunuh
diri.
KESIMPULAN
Kemampuan
keluarga untuk mengatasi penceraian adalah faktor penentu kepada kesan
penceraian samada positif atau negatif. Oleh itu, sudah menjadi tanggungjawab
orang tua untuk menyokong anak-anak mereka dengan menangani situasi ini dengan
penuh bijaksana dan diplomasi. Sekiranya ibu bapa memilih untuk berpisah, anak-anak
haruslah dijelaskan sebab dan memberikan waktu kepada mereka. Maka iu bapa haruslah mengambil dan membuat
keputusan dengan bijak setelah memikirkan semua aspek kehidupan.
TERIMA KASIH
BalasPadamINFO SANGAT MEMBANTU <3
saya share ya
BalasPadam